Kehidupan Diraja Raja Azlan Muzzaffar Shah

Raja Azlan Muzzaffar Shah juga mempunyai seorang adinda perempuan, Raja Nazira Safya, yang dilahirkan pada 2 Ogos 2011.

Raja Azlan Muzzaffar Shah bersama adindanya iaitu, Raja Nazira Safya.

Yang Teramat Mulia Raja Azlan Muzzaffar Shah telah dimasyhurkan sebagai Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan pada 20 Jun 2014.

Mesyuarat Dewan Negara Perak ke-159 yang bersidang di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, telah memutuskan bahawa Raja Azlan Muzzaffar Shah dikurnia pangkat gelaran Raja Kechil Besar berkuat kuasa pada 20 June 2014 dan menjadikan beliau sebagai salah seorang kerabat bergelar serta pewaris ketiga negeri Perak Darul Ridzuan.